Friday, April 2, 2010

Kailan Pulak


Ini aku dapat dari laman web tentang tanaman kailan

UPAYA PENINGKATAN PERTUMBUHAN DAN HASIL TANAMAN KAILAN ( Brassica oleraceae var. acephala ) DENGAN PENGATURAN POPULASI TANAMAN PADA SISTEM HIDROPONIK TIPE NFT ( Nutrient Film Technique )


Kailan (Brassica oleraceae var. acephala) mempunyai nilai ekonomis tinggi dan prospektif untuk permintaan yang tinggi dari supermarket, hotel dan restoran tetapi belum diimbangi dengan produksi.

Sistem budidaya hidroponik tipe NFT (Nutrient Film Technique) sangat tepat digunakan untuk meningkatkan produksi sayuran Kailan. Tujuan dari penelitian ini ialah untuk mempelajari pengaruh jarak tanam dan jumlah tanaman per lubang tanam pada pertumbuhan dan hasil tanaman Kailan pada budidaya sistem hidroponik tipe NFT.

Penelitian dilaksanakan di greenhouse Kusuma Agrowisata, Batu, sejak Juli sampai Agustus 2003. Sembilan perlakuan dengan jarak tanam (10x10, 10x15 dan 10x20 cm.) dan jumlah tanaman per lubang tanam (1, 2 dan 3 tanaman) yang disusun menggunakan Rancangan Acak Kelompok Sederhana, diulang 4 kali.

Dari hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa :

  • Perbedaan jarak tanam dan jumlah tanaman per lubang tanam memberikan pengaruh yang berbeda pada pertumbuhan dan hasil tanaman Kailan.

  • Perlakuan l tanaman per lubang tanam dengan jarak tanam 10x15 cm mempunyai hasil pertanaman tertinggi pada bobot segar tanaman adalah 107,72 g dan jumlah daun 9,69 helai

  • sedangkan pada perlakuan 1 tanaman per lubang tanam dengan jarak 10x20 cm mempunyai bobot kering 5,68 g

  • perlakuan 2 dan 3 tanaman per lubang tanam dengan jarak tanam 10x10 cm mempunyai hasil panen per luasan (m2) yang lebih besar jika dibandingkan dengan perlakuan yang lainnya adalah 11.828,00 g dan 12.932,67 g.


Monday, March 29, 2010

Tembikan Jepun ?




Ha... ni, bukan tembikai kat kebun, ni tembikai tanam tepi rumah je.. bukan tanam secara formal tapi baling-baling je...tetiba tumbuh dan bebuah..Alhamdulillah, aganya dia nak suruh tanam tembikai kot...

Tembikai ni bukan tembikai sembarangan...ni tembikai Jepun, buah tak besar ... Satu hari tu aku beli tembikai kat Pasar Malam, nampak menarik, lain dari yang lain, tak pernah nampak jadi aku beli lah, bukan nak buat hiasan tapi nak makan, sambil menunggu tembikai dibungkus, aku tanya kat orang yang jual tu...tembikai apa ni... dia kata tembikai import dari Jepun....tak cuba tanam ke...penjual tu kata ..dah cuba tanam tapi tak mahu tumbuh...akupun wat dek je lah.

Balik rumah aku kumpul bijik...nak buat experiment ...... bijik aku simpan la.... tapi lupa nak tanam.... agaknya ada la sesiapa kot yang sambil makan ..campak bijik kat tanah tepi rumah tu....tapi kalau betul la tembikau ni tembikai Jepun...mahu tumbuh lak tu...ada can buat benih dan tanam kat mana-mana lepas ni....

Buat Halim dan Izudin...siap sedia tempat untuk kita buat projek baru lak.. Izudin tolong komen sikit..berdasarkan gambar ni ...betul ke tembikai ni tembikai Jeun.


Sunday, February 21, 2010

PINDAH TEMPAT

Allhamdullillah, Projek Bagun Farm InsyaAllah akan mula sedikit masa lagi. Walau bagaimanapun Aku dan Halim dah buat sedikit perubahan dimana tapak yang dipersetujui sebelum ini di Parit Nibong telah dipindahkan ke Parit 7, Sungai Pergam. Kawasannya cantik, tepi jalan, sebelah rumah adik perempuan Ustaz Suhaimi, kawasan tinggi tak gaduh banjir dan yang paling penting kerja driver kapal korek yang nak buat kerja tu memang cantik, kami dah pegi tengok dia buat dekat parit 2 Sungai Pergam dan puas hati. Apa kata dalam tempoh terdekat ni kita ramai-ramai pegi tengok bila kerja-kerja cambering selesai la. Kami juga dah lawat kebun Kailan, Kebun Timun dan Petola, Kebun Tembikan (Merah dan Kuning) dan kebun Jack Melon, rock melon. setelah disusun mengikut rangking rasanya Kailan, Petola, Timun, Terung dok kat atas, yag lain tu leceh sikit, kalau timun tu nak kena kawin-kawinkan setiap satu bunga dgn bunga yang lain.

Wa Ilalliqa'

Monday, January 25, 2010

Dah Nak Start Dah


Sorry, lama tak up-date Blog ni, maklum jelah awal-awal tahun ni Jabatan tengah semangat buat macam-macam perancangan, KPI la, MKRA la, kena sediakan SKT lah nak isi borang income-tax lah, anak-anak sekolah lah…dan macam-macam lagi lah….alasan la tu kata siak..

Walaupun Blog tak update..itu tak bermakna projek tak jalan… memang projekpun belum jalan sebenarnya… 3 minggu ni tiap Sabtu dan Ahad aku dan Halim balik kampung selain uruskan baik pulih kebun Abah (buat parit dan tambak pokok) kami turut bincang masalah kapal korek yang nak cambering kebun tu. Macam-macam hal dengan Cina Atek ni, kejap buat kebun sana….kejap kata tengah buat kebun lain pulak…janji..memang dah janji dah kalau ikut janjinya awal bulan Disember lagi dah masuk…tapi masa tu tanah banjir… dan yang terkini 2 minggu lepas pekerja (driver kapal kategori pakar..si Iboi) dah cabut lak… hilang entah ke mana…Atek sendiri tak de jawapan. Habis nak bagi driver lain…kami takut hasil kerja tak memuaskan..tak macam kerja Iboi.

Dalam pada tu Halim cari kontraktor lain yang …ada yang bagus tapi tak boleh masuk tempat tu sebab bukan kawasan (kalau masuk gak alamat…kalau tak kapal kena bakar… tangki minyak kena masuk garam). Bila dah tak ada pilihan maka 2 minggu lepas Halim cadang nak suruh Raja (kontraktor yang kawal kawasan) buat kerja cambering. Tapi risikonya mungkin kerja si Raja ni kurang cantik..lah.

Semalam 24 Januari Halim cuba cari kontraktor lain..dapatlah Haji Noh. Kerja Haji Noh ni kalau ikut Halim kemas gak.. bincang-bincang.. 2 bulan lagi baru dia boleh start..ada 15 ekar nak kena buat. Upah murah sikit RM1600 seekar banding Cina Atek …RM1800.00. Hari ni 25 Januari…Halim call maklumkan Cina Atek call pasal kerja cambering dan sedia bagi driver yang bagus…dalam tempoh sebulan boleh masuk kapal.

Tuesday, December 15, 2009

Memanah Menurut Islam


Sebelum kita sambung cerita-cerita mengenai pertanian ni, kita cerita sikit pasal memanah ni, bukan apa...masa kenduri rumah Sham hari tu... nampaknya pengerusi Ba Gun Farm (Abang Napi) macam setuju je... semua ahli Ba Gun Farm beli panah sorang satu (menggunakan peruntukan hasil tanaman sayur dan pisang ) bukan bagitu Siak...... Cadangan Imam pun boleh dipertimbangkan cuma baru baru ni kan ada berita yang mengatakan Pulau Muldives akan tenggelam disebabkan pemanasan global, jadi baik kita batalkan jelah nak ke Muldive tu..

Berbalik kepada permainan MEMANAH ni... di sini disampaikan beberapa perkara mengenai nya terutama dari perspektif Islam.. Jumali mesti sokong punya lah... Di antara sukan atau hiburan yang dibenarkan oleh syarak ialah bermain memanah dan perang-perangan.

Pertama: Sebab pada suatu masa Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya:"Lemparkan lah panah mu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)


Kedua: Pertandingan lempar panah itu bukan sekadar hobby atau sekadar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firman Nya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup." Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang di maksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)


Ketiga: Sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainan mu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


Keempat: Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikanbinatang-binatang jinak ( Ingat tu siapa yang cadang supaya lepaskan kambing aku kat tapak projek lepas tu ramai-ramai pakat panah... siapa itu ...kalau tak salah Jumali la yang punya cadangan....) dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah. Abdullah bin Umar pernah melihat sekelompok manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dilarang nya permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyeksaan terhadap binatang dan merenggut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta. Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.

Thursday, December 10, 2009

Cara Penanaman Pisang Berangan Yang Betul


Kalau semalam kita dah tahu dan faham tentang khasiat pisang, langkah seterusnya ialah kita carilah pisang dan makan....(tak caya tanya siak... betultak siak?), tapi kalau takat tahu makan je..tak de maknanya...kita kena tahu macam mana nak dapat faedah lain dari pisang tu, selain dapat makan kita juga boleh jual dan dapat hasil... jadi hari ni kita belajarlah sikit macam mana nak tanam pisang... bukan takat tanam je... tapi tanam dengan cara yang betul..supaya hasilnya memuaskan.

Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.

1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.

2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.

3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.

5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.

6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.

7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.

8. Pembajaan

a. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
b. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
c. Telaha umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
d. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok

9. MERUMPUT : Gunakan baja sentuh ICI
atau BASTA.JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak utk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.

10. PENYAKIT : Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

11. MEMETIK BUAH. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.





Wednesday, December 9, 2009

Mengapa Buah Pisang Patut Digemari Oleh Wanita Dan Lelaki?



Sebelum projek BA GUN FARM bermula ada baiknya kita sembang-sembang pasal tanaman yang kita nak usahakan ni, buat permulaan hari ni kita cerita mengenai pisang dahulu, iaitu khasiat pisang. Disini aku salinkan artikal mengenai khasiat pisang yang diambil dari megasutra.com


Salam

Saya ada menerima satu e-mel yang dihantar oleh salah seorang ahli Megasutra. Oleh kerana isinya menarik, saya kongsi kan di sini untuk makluman kita bersama. Pisang merupakan pokok yang tumbuh dengan banyaknya di Nusantara, walaupun tanpa ditanam oleh tangan manusia. Punca utamanya kerana buah pisang juga dimakan oleh haiwan-haiwan dan unggas, dan mereka membantu menyebarkan benih-benih ini. Pisang mempunyai khasiat yang banyak dan kewujudan pisang di Nusantara telah pun direkodkan dalam lagenda masyarakat Melayu seperti kisah Pak Pandir dan Hang Nadim. Apakah khasiat buah pisang? Selamat membaca:

Khasiat Buah Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengah hari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutralan lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih mud kita..

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisme kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semula jadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisang lah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!