Tuesday, December 15, 2009

Memanah Menurut Islam


Sebelum kita sambung cerita-cerita mengenai pertanian ni, kita cerita sikit pasal memanah ni, bukan apa...masa kenduri rumah Sham hari tu... nampaknya pengerusi Ba Gun Farm (Abang Napi) macam setuju je... semua ahli Ba Gun Farm beli panah sorang satu (menggunakan peruntukan hasil tanaman sayur dan pisang ) bukan bagitu Siak...... Cadangan Imam pun boleh dipertimbangkan cuma baru baru ni kan ada berita yang mengatakan Pulau Muldives akan tenggelam disebabkan pemanasan global, jadi baik kita batalkan jelah nak ke Muldive tu..

Berbalik kepada permainan MEMANAH ni... di sini disampaikan beberapa perkara mengenai nya terutama dari perspektif Islam.. Jumali mesti sokong punya lah... Di antara sukan atau hiburan yang dibenarkan oleh syarak ialah bermain memanah dan perang-perangan.

Pertama: Sebab pada suatu masa Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya:"Lemparkan lah panah mu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)


Kedua: Pertandingan lempar panah itu bukan sekadar hobby atau sekadar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firman Nya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup." Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang di maksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)


Ketiga: Sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainan mu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


Keempat: Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikanbinatang-binatang jinak ( Ingat tu siapa yang cadang supaya lepaskan kambing aku kat tapak projek lepas tu ramai-ramai pakat panah... siapa itu ...kalau tak salah Jumali la yang punya cadangan....) dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah. Abdullah bin Umar pernah melihat sekelompok manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dilarang nya permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyeksaan terhadap binatang dan merenggut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta. Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.

Thursday, December 10, 2009

Cara Penanaman Pisang Berangan Yang Betul


Kalau semalam kita dah tahu dan faham tentang khasiat pisang, langkah seterusnya ialah kita carilah pisang dan makan....(tak caya tanya siak... betultak siak?), tapi kalau takat tahu makan je..tak de maknanya...kita kena tahu macam mana nak dapat faedah lain dari pisang tu, selain dapat makan kita juga boleh jual dan dapat hasil... jadi hari ni kita belajarlah sikit macam mana nak tanam pisang... bukan takat tanam je... tapi tanam dengan cara yang betul..supaya hasilnya memuaskan.

Maklumat ini diperolehi daripada pengurus ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.

1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.

2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.

3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.

4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.

5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.

6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.

7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang ynag mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.

8. Pembajaan

a. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
b. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
c. Telaha umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
d. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok

9. MERUMPUT : Gunakan baja sentuh ICI
atau BASTA.JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak utk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.

10. PENYAKIT : Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.

11. MEMETIK BUAH. Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.





Wednesday, December 9, 2009

Mengapa Buah Pisang Patut Digemari Oleh Wanita Dan Lelaki?



Sebelum projek BA GUN FARM bermula ada baiknya kita sembang-sembang pasal tanaman yang kita nak usahakan ni, buat permulaan hari ni kita cerita mengenai pisang dahulu, iaitu khasiat pisang. Disini aku salinkan artikal mengenai khasiat pisang yang diambil dari megasutra.com


Salam

Saya ada menerima satu e-mel yang dihantar oleh salah seorang ahli Megasutra. Oleh kerana isinya menarik, saya kongsi kan di sini untuk makluman kita bersama. Pisang merupakan pokok yang tumbuh dengan banyaknya di Nusantara, walaupun tanpa ditanam oleh tangan manusia. Punca utamanya kerana buah pisang juga dimakan oleh haiwan-haiwan dan unggas, dan mereka membantu menyebarkan benih-benih ini. Pisang mempunyai khasiat yang banyak dan kewujudan pisang di Nusantara telah pun direkodkan dalam lagenda masyarakat Melayu seperti kisah Pak Pandir dan Hang Nadim. Apakah khasiat buah pisang? Selamat membaca:

Khasiat Buah Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengah hari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutralan lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih mud kita..

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisme kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semula jadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisang lah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Jawatan Pengurus BA GUN FARM

Hari ni 9 Disember 2009, projek BA GUN FARM masih belum boleh dimulakan, nampaknya Pengurus BA GUN FARM (gambar di atas) masih menganggur lagi ni…. Tapi nak buat kerja macam man ye…surat lantikan dari Lembaga pengarah pun belum diterima, maknanya belum la boleh jadi Tuan Pengurus lagi…entah la…. permohonan cuti tanpa gaji pun tak diluluskan oleh TNC…macam mana nak pantau projek dari dekat…takkan jadi guna remote control je dari Tg. Malim..nanti Juru Audit (Siak) query plak, gaji bayar mahal-mahal tapi tak buat kerja… Kalau ada sesiapa nak ambil jawatan Pengurus ni bagus gak…Offer…cepat sapa nak…. boleh isi borang. Tugas-tugas Pengurus:

  • Merancang jadual penanaman sayur, pisang dan sawit
  • Merancang jadual membaja dan meracun
  • Berada di lokasi projek sepenuh masa sepanjang penanaman sayur bermula hingga harvest (lebih kurang 30 – 40 hari
  • Menyediakan rekod-rekod pelabur, agihan keuntungan
  • Membuat urusan-urusan pentadbiran,
  • Membuat urusan kewangan pembayaran gaji pekerja, pembelian benih, baja dan racun
  • Merancang dan melihat hal-hal berkaitan Pengurusan Risiko.

Ini baru sebahagian..banyak lagi tau…Jadi kalau ada yang berminat, boleh lah memohon. Cuma satu lagi yang Lembaga pengarah tak maklumkan….tentang gaji /elaun…. Tula aku pun tak latu berapa gaji/elaun diaorang nak bagi… ni nak kena tanya kat Bendahari dan Juru Audit….

Oklah…..kepada sesiapa yang masih belum membuat caruman lagi…bolehlah melakukannya bila-bila masa ke akaun MayBank 1580 8830 9114.

Saturday, December 5, 2009

Acik Kayooooo........



Petang semalam kat pejabat aku cuba masuk laman web Maybank, cadang nak check duit yang ada dalam akaun projek Ba Gun Farm secara on-line, konon nya nak mudah la tak payah pergi mesin auto teller. Sebelum login..kena register dulu, caranya masukkan no. akaun dan no. pin tapi cuba dua tiga kali tak leh gak… entah kat mana silapnya. Dah tak boleh check terpaksalah aku pegi bank lapas pejabat untuk check berapa duiat ada dalam akauan tu.

Malam tadi Acik check akauan bank, Acik tengok ado RM13,200 Kayo..Acik ..kayo…. . Acik kayoooo...........Kepada ahli Ba Gun Farm yang bankinkan duit tu Acik ucapkan terima kasih la yooo. Anugerah dan Penghargaan kepada Siak sebab bayar habis, yang terbaru ialah Ajak dan Jumali yang bankinkan duit semalam. Terima kasih gak kat Ayi, Imam, Ada, Ima/Sham, ….Acik pun dah bayar gak.

Kira-kira kalau nak bayar upah cambering RM8550.00 dah lepas dah… baki nya RM4650.00 campur bayaran dari ahli-ahli yang lain standby untuk projek sayur (kalau jadi) beli benih pisang dan anak sawit nanti.

Thursday, December 3, 2009

Mak Su Call



Pagi tu (2 Disember 2009) macam hari-hari bekerja biasa, aku berada di pejabat. Lepas jumpa Naib Canselor (beri beberapa maklumat penting tentang satu perkara penting) dan lepas jumpa TNC (PI) akau berjalan balik ke bilik, tetiba Sabah miss call, bila aku call balik katanya Mak Su beberapa kali sejak malam tadi call h/p aku guna No. 012 tapi tak dapat, katanya ada hal mustahak. Aku minta Sabah smskan no. tel rumah Mak Su.

Aku masih ada tugas yang belum selesai, aku kena jumpa Helmi Zaifura, semasa berada di paras dua (BSM) aku call Mak Su dan tanya apa perkara yang peting sangat tu.

Mak Su : “ aku minta maaf banyak-banyak kat engkau”

Aku : “kenapa Mak Su”

Mak Su : “ ni la pasal tanah kat Sungai Apong tu”

Aku : “ ha ..kenapa pulak”

Mak Su : “raya baru ni, anak-anak balik, jadi kami simbang la pasal tanah tu dan perbincangan antara kita, jadi menantu aku yang sorang tu ajak pegi tengok tanah tu, lepas tu dia kata bagi kat dia uruskan tanah tu, dia tanya mak dah buat perjanjian bertulis ke ngan Lail, aku kata belum, cuma bincang-bincang mulut je”

Aku : “ oo.. kalau macam tu tak pe la, bagi dia buat, kan aku pernah cakap kat Mak Su dulu, Mak Su kena tanya kat semua anak menantu Mak Su, ada tak yang sanggup uruskan tanah tu, kalau tak ada yang sanggup baru aku sedia uruskan”

Mak Su: “ betul tu…….memang aku ingat lagi engkau cakap macam tu”

Aku : “ Aku tak de masalah…kalau ada anak menantu yang nak buat lagi baik”

Mak Su : “ aku mintak banyak-banyak kat engkau”

Aku : “ tak de masalah…aku ada call Alias rancang nak bersihkan kebun tu, Lias kata nanti kita tengok dulu tanah tu, baru boleh letak harga…jadi Mak Su bolehlah call si Lias tu untuk bincang tindakan seterusnya”.

Mak Su : “ ye lah….itu je lah ye “

Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Rumah Sham/Ima


Seminggu lepas Aidil Adha, Sham dan Ima buat kenduri doa selamat dan kesyukuran, ikutkan sembang Shahril, Wak Shakor kata kenduri kesyukuran atas 6 perkara antaranya, menyambut hari lahir Umai (Umar), Sham naik gred, Hilal naik pangkat dan Ima yang semakin sihat selepas menjalani pembedahan pendarahan di kepala tempoh hari.

Antara ahli keluarga Ba Gun yang hadir ialah emak, Abang Napi & Kak idah, Kak Najat, Ika dan Wani, Aku, Eda, Hamizul Haziq dan Haazem, Shahril & Aton sekeluarga, Siak & Iyah sekeluarga, Jumali, Nurul & Kimi yang terkengkang-kengkan baru lepas bersunat, Nana dan katanya Abg Mokhtar & Inoy pun datang, tapi masa aku balik jam 3 lebih, mereka belum sampai lagi.

Masa berkumpul, sempat juga kami berbincang tentang projek Ba Gun Farm. Apa yang aku dapat terangkan, projek belum dapat dimulakan sebab keadaan tanah yang digenangi air (banjir) akibat hujan lebat hampir sepanjang bulan September. InsyaAllah sebaik sahaja cuaca panas projek akan dimulakan. Cuma pada yang belum sempat bankinkan duit, bolehlah bankin kannya seberapa segera.

Soal tanaman sayur pula, besar kemungkinan jenis sayur yang dipilih ialah timun dan terung kerana mengambil kira pandangan Din (penasihat tak rasmi Ba Gun Farm kategori sayuran) dua jenis sayuran ni antara tanaman yang paling kurang risiko kerugian.