Wednesday, December 9, 2009

Jawatan Pengurus BA GUN FARM

Hari ni 9 Disember 2009, projek BA GUN FARM masih belum boleh dimulakan, nampaknya Pengurus BA GUN FARM (gambar di atas) masih menganggur lagi ni…. Tapi nak buat kerja macam man ye…surat lantikan dari Lembaga pengarah pun belum diterima, maknanya belum la boleh jadi Tuan Pengurus lagi…entah la…. permohonan cuti tanpa gaji pun tak diluluskan oleh TNC…macam mana nak pantau projek dari dekat…takkan jadi guna remote control je dari Tg. Malim..nanti Juru Audit (Siak) query plak, gaji bayar mahal-mahal tapi tak buat kerja… Kalau ada sesiapa nak ambil jawatan Pengurus ni bagus gak…Offer…cepat sapa nak…. boleh isi borang. Tugas-tugas Pengurus:

  • Merancang jadual penanaman sayur, pisang dan sawit
  • Merancang jadual membaja dan meracun
  • Berada di lokasi projek sepenuh masa sepanjang penanaman sayur bermula hingga harvest (lebih kurang 30 – 40 hari
  • Menyediakan rekod-rekod pelabur, agihan keuntungan
  • Membuat urusan-urusan pentadbiran,
  • Membuat urusan kewangan pembayaran gaji pekerja, pembelian benih, baja dan racun
  • Merancang dan melihat hal-hal berkaitan Pengurusan Risiko.

Ini baru sebahagian..banyak lagi tau…Jadi kalau ada yang berminat, boleh lah memohon. Cuma satu lagi yang Lembaga pengarah tak maklumkan….tentang gaji /elaun…. Tula aku pun tak latu berapa gaji/elaun diaorang nak bagi… ni nak kena tanya kat Bendahari dan Juru Audit….

Oklah…..kepada sesiapa yang masih belum membuat caruman lagi…bolehlah melakukannya bila-bila masa ke akaun MayBank 1580 8830 9114.

1 comment:

  1. Aku pun hairan bin ajaib, lembaga pengarah macam tak nak ambil tahu aje......aku ingat kau tulis sendiri la surat tu, kau lantik la diri sendiri, bab gaji tu kene tanye Juruaudit la.....penting tu....yang lain-lain kau buat la keputusan sendiri......lu fikir la sendiri

    ReplyDelete